


Projek di Chembong Air Hitam Rembau
Serai Yang Telah Dihormonkan Sedia Untuk Ditanam
Terdapat lebih 50 spesis Cymbopogon ( Serai), serai India Timur (cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma dan Thailand, sementara Serai India Barat (cymbopogon Citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua kedua boleh digunakan, Cymbopogon Citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India Cymbopogon Citratus digunakan untuk perubatan dan wangi-wangian.
Spesis lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon Martinid (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Symbopogon Winterianus dan Jowitt) dari mana minyak Citronella didapati, lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak Citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Pokok serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi . Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1 - 1.5m tinggi.
Serai wangi atau serai makan biasanya menpunyai sistem pertumbuhan yang serupa .
Di Malaysia sekarang ramai sedang mengusahakan untuk menanam serai secara komersial dan banyak peluang pekerjaan sebagai sampingan dan juga sepenuh masa sekiranya mengikut cara yang sistematik dan mempunyai modal serta tanah.
Penunggal digunakan membuat lubang bagi memasukkan benih serai semasa penanaman. Kedalaman untuk setiap lubang adalah hanya 2.5 inci.Serai tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana akan menyulitkan anak tunas yang baru dari keluar. Tanah disekitar pangkang serai mesti ditekan rapat untuk mengelakkan dari air bertakung di pangkang serai.Anak benih yang ditanam di dalam satu-satu lubang adalah sebanyak 2 - 4 batang.
Setelah penanaman dilakukan, penyiraman perlu dilakukan. Siraman 7 hari pertama adalah terlalu penting untuk memastikan benih-benih yang ditanam mengeluarkan akar dan dapat memegang tanah.

Sertai Kami
Skim yang menjanji
Syarat – Syarat :~
Kemudahan Yang Disediakan :~
1.Pembelian benih secara berperingkat atau sekali gus
2.Tunjukajar cara-cara yang betul tentang teknik Penanaman
3.Tunjukajar cara-cara kertas kerja dilakukan
4.Melihat sendiri cara pemprosessan serai
5.Tunjuk ajar cara-cara pinjaman (loan) (jika perlu)
· kami akan membeli semula kesemua hasil serai peha yang telah ditanam dan di tuai
pada kadar mengikut harga pasaran semasa
· kami juga membeli hasil serai peha ayam dari petani petani yang tidak menyertai program kami(orang luar/petani persendirian)
· kami juga membekal baja foliar(cecair) dengan harga Rm16/liter
· kontrak perjanjian jual beli akan ditandatangani semasa penghantaran benih
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi En Ruzain Zakaria
019 349 7284